Thursday, 8 March 2012

Sejarah Ringkas SK Penerok, Pontian

SEJARAH RINGKAS
SK PENEROK, PONTIAN, JOHOR.

               SK Penerok yang pertama dibangunkan pada tahun 1946, oleh penduduk Kampung Penerok secara bergotong-royong dengan menggunakan atap rumbia. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YM Engku Ismail Bin Dato’Abdul Rahman, Pegawai Daerah Pontian. Pada Tahun1955 telah dibangunkan pula sekolah kedua yang dibiayai oleh kerajaan bagi menempatkan murid-murid darjah 1 hingga darjah 6.

               Pada bulan April 1989, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina bangunan tambahan dua tingkat yang ada sekarang ini dengan perbelanjaan RM500,000.00. Bangunan ini digunakan sepenuhnya pada bulan Mei 1990. Kemudahan-kemudahan asas bangunan ini adalah bilik darjah, bilik sembahyang, bilik perpustakaan, pusat sumber, pejabat, tandas guru dan murid serta kantin sekolah. Bangunan ini dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Sulaiman Daud pada hari Sabtu 4 Mei 1991.

               Pada Tahun 2000 pula, sekolah mendapat peruntukan kerajaan untuk pembinaan bangunan tambahan bagi menggantikan bangunan yang lama. Bangunan ini menyediakan kemudahan-kemudahan bilik darjah, pusat sumber,  perpustakaan, bilik tayang, bilik muzik, bilik komputer, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik sains, bilik kemahiran hidup, stor dan tandas guru serta murid. Bangunan tambahan tiga tingkat ini layak digunakan sepenuhnya pada bulan Mac 2003. Di samping itu, pada penggal kedua 2003, sebuah bilik darjah bangunan Blok A telah diubah suai bagi menempatkan murid-murid prasekolah pada tahun 2004. Sebuah taman permainan khusus untuk murid-murid prasekolah juga telah disediakan.

               Pada Tahun 2004 pula, bilik komputer yang sedia ada telah diubah suai menjadi bilik makmalkomputer dan seterusnya dibekalkan dengan 14 unit komputer untuk kegunaan guru dan murid bagi melaksanakan program ICT diperingkat sekolah.

               Pada tahun 2007, bilik  pejabat lama di Blok A diubah suai menjadi bilik Acces komputer dan dibekalkan dengan 10 unit komputer. Pada Tahun 2008 pula, Bilik guru lama dan bilik darjah di Blok A, diubah suai menjadi Kelas Pendidikan Khas Integrasi, Bilik  j-QAF dan Bilik Pemulihan Khas.

No comments:

Post a Comment